100x percubaan...

setelah cinta ku dihancurkan olehnya,
aku rasa bagai hidup ini tiada makna,
aku rasa hidup ini sudah mati,
hatiku hancur,
akan tetapi,
aku cuba untuk bangkit daripada kesengsaraan ini,
namun,
setiap kali aku cuba untuk bangun,
aku pasti terjatuh dengan banyak rintangan ,
aku mencuba 99 kali untuk bangun,
namun,
99 kali percubaan itu menemui kegagalan,
apa yang ku tahu,
jika kali keseratus aku mengalah,
aku tidak akan berjaya untuk membina hidup yang baru,
akhirnya,
aku berjaya membina hidup yang baru dengan 100 kali percubaan.

It's all about time......

aku tahu masa itu emas,
aku tahu aku tak boleh bazirkan masa,
tapi,
bolehkah aku bazirkan masa untuk memberi cinta?
cinta yang suci lagi ikhlas,
Tapi kenapa?
kau tidak menghargai aku,
setelah aku bazirkan masaku untuk mencintaimu,
kau sanggup mengkhianatik,
tak cukupkah pengorbananku padamu?
cinta yag selama ini ku beri,
telah kau caci dan nodai,
kini,
aku telah membencimu,
atas perbuatanmu sendiri

Something Wrong Somewhere....

hari ini,
aku rasa macam kosong semacam je,
kosong tanpa kehadirannya dalam hari-hariku,
walau dia tidak tahu yang aku telah memendam perasaan terhadapnya,
aku sentiasa memikirkan tentang diri dia,
aku rasa dia adalah nyawa bagi diri aku..(cehhhh wahhh!!!..beria...)
namun,
aku perlu mengungkapkan yang aku amat menyayanginya...(yeke???)
tapi,
aku tidak mempunyai keberanian untuk mengatakannya..
apakah cara yang terbaik untuk aku mengatakannya??
apakah yang harus aku lakukan??
apakah???
apakah???

#hehe....
#sekali sekala berjiwang...

What Should I Do??!!

Assalamualaikum..
Setelah kau pergi dari hidup aku..aku rasa seperti bebas..tetapi seperti ada kekosongan yang tidak dapat dipenuhi..aku tidak faham semua ini..apakah kekosongan yang aku alami nie??member-member aku kata, kekosongan nie maybe dari kau kot..diorg semua kata aku dh banyak berubah sejak dua menjak nie..aku dah bnyk termenung..menyendiri..buat hal sendiri..jarang senyum..aku pun tak tahu kenapa dengan aku..memang tipulah kalau tak wujud perasaan sayang dekat kau..sayang memang sayang, tapi entah lah..aku tak dapat nak bagitau sebesar mana..perasaan sayang tu semakin lama semakin menghilang sedikit demi sedikit..tapi tiap kali orang mengejek aku dengan nama kau, aku asyik teringatkan kenangan dulu..bila aku mula memikirkan apa yang telah kau buat dekat aku, perasaan sakit hati makin meluas dan sayang makin lesap..tapi..satu perkara yang memang aku susah untuk fahami..selepas kau pergi dari hidup aku, semakin ramai yang cuba mendekati dan mengenali aku..aku sendiri tak mengerti semua nie..mereka semua mula menyatakan bermacam-macam mengenai aku..katanya mahu mengenali aku..jadi, aku cuba melayan mereka untuk menghilangkan ingatan aku pasal kau..tapi bila sorang...sorang..dari diorg mula menyatakan yang diorang mula suka, rindu, sayang dekat aku, aku terus berhenti melayan diorang..aku sendiri tak tahu kenapa aku buat macam tu..langsung tak terdetik niat nak mempermainkan diorang..tapi bila diorg mengatakan semua tu, aku umpama terimbas kenangan yang lepas...entah la macam mana kepala otak nie boleh tetibe terpikir perkara dah lepas..satu je kenyataan yang aku boleh nyatakan.."aku rasa aku tak boleh terima orang lain selepas kau"..maybe sebab luka yang membuatkan aku sakit hati dekat kau terlalu besar..sebab tu bila kau tanya sama de aku maafkan kau atau tak, aku macam nak tak nak je cakap..well..aku nie pon manusia gak..de hati perasaan gak..kalau kau kat tempat aku, MAYBE kau rasa apa yang aku rasa..maybe lah..sory lah kepada kaum-kaum adam yang mana mahu mengenali aku dengan lebih mendalam, maybe aku perlukan masa yang lebih lama..dan mungkin akan selama-lamanya kot untuk terima korang ye..huhu..

P/S: Jika esok awak sayang orang lain , fikirlah pasal saya untuk kali terakhir . Selepas itu , lupakan saya . Jika esok awak sayangkan dia , pastikan dia sayang awak lebih dari saya sayang awak :')

#capital #MA

The Real About Me!!

Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIRMATAnya bila bersendirian.Seseorang yang sentiasa MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah di saat itu dia lagi sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU.Seseorang yang KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya. Seseorang yang KETAWAnya menceriakan harimu, ketahuilah disaat itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya.Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH, dan pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain.

Jodoh di tangan Allah SWT...

Assalamualaikum...
Salam ku ucapkan kepada blogger luahan perasaan...tempat mengadu....
Blogger nie blogger aku..aku ada hak untuk tulis apa-apa yg aku nak..tiada niat untuk mengutuk or memaki..just sebagai ruangan perkongsian perasaan yang aku alami..kalau dulu aku langsung tak pernah rasa perasaan putus cinta...tapi kali ni, aku dapat rasakan jua akhirnya...setelah sekian lama aku menjalinkan hubungan dengan seorang hamba Allah SWT ni, setelah 3 bulan akhirnya, hubungan kami tidak berpanjangan..tiada jodoh katanya..tetapi aku tidak menyangka perasaan ini amat perit untuk aku rasakan...seperti kaca yang jatuh berderai...kami berpisah dengan agak tragislah jugak atau bahasa kasarnya, kurang ajar..aku dikutuk dihina dengan tuduhan yang memang tidak benar langsung...tapi, aku tetap sabar sahaja dengan semua itu...aku tidak melawan..kerana aku berpegang pada satu ayat, "sekiranya seseorang berbuat keburukan kepada kita, balaslah dengan kebaikan"..segala aib dan rahsia aku telah kau ketahui dari insan yang bergelar sahabat bagi aku...sahabat talam dua muka...tahniah lah kerana anda berdua telah berjaya membantu aku memperoleh pengalaman yang membawa kepada muhasabah diri...

P/S: Akan aku lupakan mengenai hal ini..kerana perkara yang dh lepas, tidak perlu dikenang lagi..hanya jadikan sebagai kenangan sahaja...thanks to capital FF & MA..